The Story
AmyMina's Blog
Perubahan
Sunday, March 17, 2013 , 0 Comment


Assalamualaikum . 


Banyak yang telah aku pelajari di sini . Bagus , aku bangga menjadi sebahagian ahli di sini . Di matrik nie pelbagai ragam manusia yang aku jumpa , karenah mereka , cara pergaulan dan cara berpakaian , semuanya berbeza . Berada di sini seolah olah pergerakan terbatas dan terasa seperti ada mata yang memerhati setiap tingkah laku dan gerak geri . Disebabkan itu , maka berlaku perubahan sedikit demi sedikit di dalam diri ini .

Niat di hati sudah tersemat , InshaAllah dengan izinNya aku akan menjadi seorang yang lebih baik dari sekarang . Keadaan sekarang ini masih tidak sempurna , terdapat cacat cela dan ya tidak sempurna , sangat . Berubah ke arah kebaikan supaya hidup diredhai olehNya . Pemikiran semakin matang walaupun tidak sepenuhnya , namun aku bersyukur kerana aku berasa diri ini bukan lagi seperti dahulu .  Ya , aku berubah . Semua orang sepatutnya berubah , mencari jalan yang sepatutnya . Dunia kian maju , tidak sepatutnya manusia semakin mundur seperti berada di zaman jahiliah . 

Tingkah laku dan emosi sekarang harus dikawal agar tidak memudaratkan diri di kemudian hari . Supaya tidak menyesal dengan sebarang keadaan . Lupakan segala yang melalaikan . InshaAllah jika niat kita betul , Allah S.W.T akan permudahkan urusan kita . Banyak yang kita tidak sedar walaupun benda itu berada berdekatan kita . Allah itu maha Mengetahui . Dia tahu what is the best for us . As ordinary human , kita sepatutnya terima dengan hati yang terbuka bukan menyalahkan takdir . Ini kerana , Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk setiap hambanya . Bersyukurlah dengan sesuatu nikmat yang diberiNya . Terima dengan seikhlas hati kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya . 

Renung renungkan lahh , setiap orang yang kita jumpa dalam dunia ini ada sebabnya kenapa kita dipertemukan . Mungkin kita tak tahu sebabnya sekarang , InshaAllah dikemudian hari kita akan berterima kasih kepadaNya kerana telah menemukan kita dengan seseorang . Dahulu aku manusia yang khilaf , tidak nampak segala nikmat yang diberi olehNya . Kegembiraan , kesenangan . itu yang aku cari , lupakan apa yang sepatutnya aku lakukan di muka bumi ini iaitu menjadi hamba kepadaNya . Ya, aku leka . InshaAllah , aku akan berubah . Amin .
For Readers





The Queen



Name : Nur Azmina binti Shamsudin

Age : 18

Live in : Kangar , Perlis

Born on : 2nd April 1994





« NEWEST // OLDEST »
Skin Made By : HafizZulkafly. Others xx.