SEGMEN JOM KONGSI KISAH ZAMAN KANAK-KANAK KITA BY DALILA SAMSUDIN
Sunday, March 18, 2012 , 0 Comment
Nak join ? Klik banner . Hanya untuk menghiburkan hati sahaja ;) Zaman kanak - kanak aku ? Emm , menarik jugak laa . hoho , dulu masa aku kanak - kanak lagi kan aku suka keluar petang malam . Pagi tu untuk Sabtu and Ahad jaa . haha , Dulu kalau keluar pagi pagi mesti sampai tengah hari , rumah aku tepi padang ja so bila nampak kereta mak aku balik tengah hari tu lari sekuat hati sampai rumah . Harhar , tapi tetap kantoi and aku akan buat every day . hoho . Kalau isnin hingga jumaat lepas balik sekolah jaa mesti salin salin baju then keluar merayau merata . Aku memang suka main panas dulu nie . Aku ingat lagi dulu ada pakcik jual sate ikan , aku dengan kawan kawan aku duduk atas pokok asam then kami baling baling buah asam tu kat pakcik jual sate . nakal gila , then kalau ada orang lalu jaa mesti buat suara hantu . haha , pokok asam tu dekat tepi jalan jaa tapi sekarang dah tak ada ;( Ada haritu aku kayuh basikal dengan kawan aku then angsa kejar , scary makk . Biasa laa kanak kanak , kami tinggal basikal then lari jauh jauh pastu baling batu bila tengok angsa tu dah tak ada baru pergi ambil basikal tu balik . Haha , petang petang pukul 2 keluar dah , matahari terik kut tapi keluar jugak . Beli ice pop then kerat dua . Sharing is caring , bila dah pukul 3 macam tu pergi makan laksa kat kedai Mami , everyday okayy kami buat macam tu kecuali Sabtu& Ahad sebab kedai tu tutup . Kalau petang petang mesti main Aci sembunyi , Tuju Kasut , Zero point alaa yang getah buat skipping rope then main Rounders . Rounders tu lebih kurang macam besbol . Best kut waktu tu masa nak pilih kumpulan tu ada ketua akan osom then anak anak buah akan buat undi macam A pilih pokok , B pilih daun then AB tanya kat ketua "pokok daun" then kalau salah seorang ketua kata pokok maka A jadi anak buah dia . Dulu aku dengan geng geng aku mesti dah rancang awal awal dengan ketua kata nanti pilih "pokok" then ketua akan pilih pokok so aku geng dengan geng geng aku laa , haha . Pernah sekali aku kena kurung luar dengan abang kakak aku sebab kami keluar malam pukul 11 malam baru nak balik , haha . Then kami akan buat bising sampai mak aku buka pintu , haha . Kami keluar malam mesti beli burger dulu then lepak lepak pastu main tuju kasut . Maen dalam gelap oiii , haha . Kalau bulan ramadan mesti main lawan lawan mercun . Gilaa dohh , bahaya kan ? hoho dulu mana fikir bahaya ke tak janji bestttttt ;) Aku selalu kena marah dengan mak aku sebab asyik main 24j/7days . haha , biasa laa dulu kanak kanak tak matang asyik nak main jaa . Dulu kalau kayuh basikal mesti lepas tangan kat pemegang tu then lawan siapa paling lama , hoho . Kalau main buaian mesti ayun laju laju then lompat sebab nak tengok siapa paling jauh , takpun kami main sukaneka yang direka oleh kami . Bahagi kepada dua kumpulan , then mula dekat tempat gelongsor then naik atas jongkang jongket last naek buat ayun laju laju lompat . siapa cepat dia menang . hahaha .Dulu mesti berebut buaian so bila nak balik rumah sat minum air mesti tulis atas buaian tu alif lam lam ha siapa duduk bontot carik laa bontot berapi laa . hahaha . Jahil gila aku . Walaupun kami kami perempuan mesti laa nak fun jugak kan . Hoho . Haritu aku main Aci Sembunyi dengan kawan kawan then tak ada tempat nak sembunyi dah sebab tempat rahsia semua orang dah tahu so aku dengan kawan aku panjat bumbung dewan , akibat berat terlampau pecah bumbung tu tapi kami tak jatuh kaki aku sebelah jaa masuk dalam tu , then tok ketua keluar marah marah tanya pecah ka bumbung aku dengan kawan aku geleng kepala . haha , Takut kut muka garang pakcik tu . Sejak tu aku tak naik dah atas bumbung tu . Menarik takk ? hoho , tu jelaa kisah hidup aku masa kanak kanak yang nakal laa jugak :D THE END ;D
|